JellyPages.com

Monday 19 August 2013

Feeling High Spirit


Lirik Lagu UiTM Di Hatiku

Wujudku di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa,agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku ku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya……demi bangsa

Watikah yang kumiliki kan kusemat di hati
Janjiku kepada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hatimembela negara
Doa restu ayah bondaku untuk semua
UiTM…usaha taqwa mulia.




Kenapa aku menangis bile nyanyi lagu nie,
kenapa aku rase bersemangat bile nyanyi lagu nie,
kenapa 
sebab Tuhan yang mengetahui apa yang aku rasa..
aku nyanyi bukan dengan suara tapi dengan hati..
tak kesah kawan kate 
nyanyi lagi nie pon nak nangis
sebab kawan tu tak de hati dan jiwa 
die menyanyi  dengan suara tapi ahti die tak rase pape..
tak kesah la apa yang die rasa..
yang penting Tuhan saja yang tahu kenapa aku rasa macam ni..
terima kasih Ya Allah
Kau lembutkan hati ku dengan Nur cahaya mu.. 
amin....

Saya seorang pemimpin?

Salam 1 Malaysia..
sekian lama menyepi akhirnya typing juga aku hari ini..
hari ni aku nak berkongsi pengalaman yg baru aku alami..
MPP...Majlis Perwakilan Pelajar
agak2 aku layak ke menjadi seorang pemimpin...
setakat jadi leader dalam kelas boleh la..
kalau nak pimpin dalam 1 uitm aku rase aku tak mampu lagi kot...
belum cukup ilmu dan pengalaman..
tapi syukur Alhamdulillah..
Tuhan maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri aku...
but the way..banyak ilmu yang aku dapat bile terpilih sebagai Calon MPP uitm..
last week aku pergi kursus kepimpinan di Hutan Lipur Ulu Kenas..


berpeluang jumpa Alumni-alumni uitm, kawan2 baru dari Uitm Perlis, Kedah,Pulau Pinang..
Pengalaman yang aku dapat akan aku semat dalam diri..
antara kata-kata semangat yang alumni mpp bagi
Timba ilmu kerana Allah S.W.T
Tune diri kita kepada sifat2 yang Positif
Belajar dari orang yang berpengalaman
Berani berdepan dengan masalah
Tunjukkan personaliti yang terbaik
sentiasa merendah diri
banyak lagi la...

  Ini la yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin..

kawan2 dari Uitm Perlis,Pulau Pinang,Perak dan Kedah..
semoga berjaya menjadi pemimpin yang berkaliber ^_^
ada juga boleh jadi calon2 suami.hihihii gatal plak..



promote sikit ^_^ 
Semoga Tuhan sentiasa berkati Ilmu yang saya miliki..Insyallah..

Wednesday 1 May 2013

Jom Mengundi ^_^

Salam..
seperti biasa apabila aku dirumah semuanya mudah tapi malas..
mudah berFB, mudah untuk update blog, mudah berYOU TUBE dan mudah segalanya..
tapi dengan adanya MALAS semuanya tak jadi..
ok da tak mo bercerita pasal ape aku buat kat rumah..
sekarang aku nak cerita pasal debaran aku sebagai pengundi baru PRU13 ni..

hohooo aku selalu tanye kat mak aku macam mane nak mengundi..
keadaan macam mane..
kenapa kene ade dakwat dekat jari..
macam2..
aku dilahirkan dalam keluarga yang bersederhana..
dan aku adalah anak jadi FELCRA..
jadi automatik undian aku hanya untuk BN..
bak kata mak dan abang-abang aku jangan lupe
kalau tak kerana BN keluarga aku takkan dapat apa yang aku dapat sekarang..
now aku paham..


tengok saja gelagat si luthfi membuat aku paham siapa yang perlu diundi atau sebaliknya...
 video yang simple,ringkas dan isi yang padat..
apa yang disampaikan betul..
so tunggu saja 
5 MEI 2013


 





 




Friday 12 April 2013

Finally already done

Finally already done!!
Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik dan berjaya..
tak sangke ape yang aku takutkan berjaya dihadapi dengan tenang..
tutup buku sudah sem ke-2 ini..tapi tak boleh happy sangat coz result belum diketahui..
NERVOUS..hopely AD ^_^
meh cite sikit ape yang aku lakukan sepanjang sem 2..
sem ni aku kene buat 1 baju costume berdasarkan kain2 perca..
and aku pilih TORNADO sebagai inspiration aku..
so kene la study pasal tornado..


sory tak dapat kongsi gambar2 fail coz work aku  dijadikan koleksi lecture..Alhamdulillah
puas jugak aku pikir macam mane nak masukkan character tornado ni dekat baju..
migrin2 la aku dibuatnye..
 so dengan tunjuk ajar lecture Alhamdulillah semua dipermudahkan..
tq Mis Aini ^_^

maaf saya curi gambar miss..
tapi gambar yang comel2 tak pe kan hiihiii...
ini lecture aku yang mengajar kelas design..
sangat baik,bertanggungjawab,comel,sweet,hapening,kadang2 buat aku rase nak nangis hiiii
jangan usik die ^_^
ini sem last die mengajar, so sangat bertuahlah kami yang dapat belajar dengan die 
dan tersangat seksa lah dia yang dapat mengajar kami..hehe
sambung balik bab costume ni..
malas la nak taip2 tengok jela costume yang tak seberapa aku nie..
Final Project : Costume
Inspiration : Tornado
Model : Fatin Syazni
Designer : ZirahSuboh
Crew : Classmate

Thank You Guys ^_^


ini la hasilnye...
costume yang tak seberapa aku membuatnya..
even aku tak suke dengan kerja aku sendiri atlease aku berusaha..
dan usaha aku berjaya buat lecture suke..
TQ semua..
dari sekarang aku kene ready untuk baju casual part 3...
so kene la banyak study about fashion ^_^




Monday 8 April 2013

Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah..

SUMAYYAH BINTI KHAYYATH..


ialah syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah ni seorang hamba milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Dia dikahwinkan dengan lelaki yang bernama YASSIR BIN AMIR seorang perantau di kota Makkah.. Disebabkan banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.


Suatu hari, Ammar yang mula menigkat remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.
 
Dengan gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah ibunya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti dan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka terhadap Islam.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan
.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaksa Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

 
Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, “Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga.”

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang terlontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat “Ahad..Ahad..” seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan untuk membunuh Sumayyah.  Abu Jahal yang bertanggungjawab untuk melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Begitu teguhnya iman Sumayyah dan keluarga terhadap agama Allah.S.W.T iaitu ISLAM..
Allahuakbar..