SUMAYYAH BINTI KHAYYATH..
ialah syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi
mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa
yang wajar dikenang sepanjang zaman.
Sumayyah ni seorang
hamba milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Dia dikahwinkan dengan lelaki yang bernama YASSIR BIN AMIR seorang perantau di kota Makkah.. Disebabkan
banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang
merupakan kepala suku Bani Makhzum.
Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah
dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya
inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.
Suatu hari, Ammar yang mula menigkat remaja mendengar
khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera
mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali
Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.
Dengan gembira, Ammar segera menceritakan kepada
ayah ibunya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti dan
memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira
ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi
Muslim dan Muslimah.
Keislamanan
yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa
keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la
memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek
moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras
mempertahankan keyakinan mereka terhadap Islam.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan .
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan .
Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang
yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang
dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke
atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.
Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit
dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaksa Sumayyah
untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini
tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya
yang bertakwa, iaitu syurga.
Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang
sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik,
ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai
ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang
penuh dengan luka.
Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung
penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya.
Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, “Sabarlah,
wahai keluarga Yasir. Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga.”
Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap
mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang terlontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat “Ahad..Ahad..” seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang terlontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat “Ahad..Ahad..” seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.
Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan
keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan untuk membunuh Sumayyah. Abu Jahal
yang bertanggungjawab untuk melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu
Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila
tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.
Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan
keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan
ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya,
termasukjiwa dan raganya demi Islam.
Begitu teguhnya iman Sumayyah dan keluarga terhadap agama Allah.S.W.T iaitu ISLAM..
Allahuakbar..
No comments:
Post a Comment