JellyPages.com

Friday 12 April 2013

Finally already done

Finally already done!!
Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik dan berjaya..
tak sangke ape yang aku takutkan berjaya dihadapi dengan tenang..
tutup buku sudah sem ke-2 ini..tapi tak boleh happy sangat coz result belum diketahui..
NERVOUS..hopely AD ^_^
meh cite sikit ape yang aku lakukan sepanjang sem 2..
sem ni aku kene buat 1 baju costume berdasarkan kain2 perca..
and aku pilih TORNADO sebagai inspiration aku..
so kene la study pasal tornado..


sory tak dapat kongsi gambar2 fail coz work aku  dijadikan koleksi lecture..Alhamdulillah
puas jugak aku pikir macam mane nak masukkan character tornado ni dekat baju..
migrin2 la aku dibuatnye..
 so dengan tunjuk ajar lecture Alhamdulillah semua dipermudahkan..
tq Mis Aini ^_^

maaf saya curi gambar miss..
tapi gambar yang comel2 tak pe kan hiihiii...
ini lecture aku yang mengajar kelas design..
sangat baik,bertanggungjawab,comel,sweet,hapening,kadang2 buat aku rase nak nangis hiiii
jangan usik die ^_^
ini sem last die mengajar, so sangat bertuahlah kami yang dapat belajar dengan die 
dan tersangat seksa lah dia yang dapat mengajar kami..hehe
sambung balik bab costume ni..
malas la nak taip2 tengok jela costume yang tak seberapa aku nie..
Final Project : Costume
Inspiration : Tornado
Model : Fatin Syazni
Designer : ZirahSuboh
Crew : Classmate

Thank You Guys ^_^


ini la hasilnye...
costume yang tak seberapa aku membuatnya..
even aku tak suke dengan kerja aku sendiri atlease aku berusaha..
dan usaha aku berjaya buat lecture suke..
TQ semua..
dari sekarang aku kene ready untuk baju casual part 3...
so kene la banyak study about fashion ^_^




Monday 8 April 2013

Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah..

SUMAYYAH BINTI KHAYYATH..


ialah syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah ni seorang hamba milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Dia dikahwinkan dengan lelaki yang bernama YASSIR BIN AMIR seorang perantau di kota Makkah.. Disebabkan banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.


Suatu hari, Ammar yang mula menigkat remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.
 
Dengan gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah ibunya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti dan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka terhadap Islam.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan
.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaksa Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

 
Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, “Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga.”

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang terlontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat “Ahad..Ahad..” seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan untuk membunuh Sumayyah.  Abu Jahal yang bertanggungjawab untuk melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Begitu teguhnya iman Sumayyah dan keluarga terhadap agama Allah.S.W.T iaitu ISLAM..
Allahuakbar..